Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM55.00
Hikayat Siak: Legasi Tradisi Gemilang Kesultanan Melayu-Islam
Price RM55.00
Product SKU 9789834903701
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 55
Points Needed 11000
Availability 2
Quantity
Description

Hikayat Siak: Legasi Tradisi Gemilang Kesultanan Melayu-Islam - kulit lembut


Diselenggarakan oleh: Muhammad Yusoff Hashim
ISBN: 9789834903701
Tahun: 2017
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa: Malay
Muka Surat: 579
Berat: 870g


Buku ini mensikronisasikan dua disiplin penyelidikan dan penulisan, iaitu filologi dan sejarah. Dalam bidang filologi, manuskrip yang bercorak sejarah dan undang-undang ini dialih aksara daripada ortografi asalnya, iaitu Jawi ke Roman.


Seterusnya teks-teks ini dirujuk dan dianalisis secara filologikal, justeru bukan sahaja untuk memberikan pembacaan yang sedefinitif mungkin, malah dihayati kandungannya untuk menggarap dan mewacanakan kesejarahannya dalam perimeter historiografi Melayu. Manuskrip yang menjadi teks ini ialah Hikayat Siak, Syair Perang Siak, Syair Raja Siak Bab Alqawaid.


Daripada kandungannya inilah diangkat dan dianalisis menjadi naratif dan sumber sejarah, iaitu Sejarah Kesultanan Siak Sri Inderapura. Perihal Kesultanan Melayu-Islam yang wujud antara tahun 1723 hingga tahun 1945 di Propinsi Riau, Sumatera Timur, Indonesia ini dipaparkan dari segi intrinsik kesultanan ini dan kepetualangan serantau para elit dan tokohnya.


Selain menjadi saingan kepada beberapa kerajaan dan Kesultanan Melayu sezaman di alam Melayu, kesultanan ini berjaya mencetuskan fenomena dan menonjolkan sebuah peradaban rumpun Melayu yang gemilang dari segi geopolitik, kepemimpinan, ekonomi, agama dan sosiobudaya di Selat Melaka dan utara Nusantara.


Sumber Barat (Belanda dan Inggeris) abad ke-18 dan ke-19 pula dirujuk sebagai sumber bandingan dan wadah pengukuhan hujah. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More