Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789834922528 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | Out Of Stock |
Sejarah Sarawak - Kulit lembut
Penulis: Buyong Adil
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834922528
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil. Muka surat: 161
Berat: 220 g
Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.
Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan perhatian sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Sejarah Sarawak merupakan satu daripada karangannya yang memerihalkan beberapa banyak peristiwa penting yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri tersebut yang berlaku semasa pemerintahan keluarga Brooke pada abad ke-19 dan abad ke-20. Buyong Adil menulis buku ini berdasarkan kajiannya.
Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah Siri Sejarah Nusantara ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Johor, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu dan Sejarah Sabah.