SELAMAT HARI MERDEKA KE-64 BUAT RAKYAT MALAYSIA! KAMI BEROPERASI PADA 31 OGOS 2021 KECUALI PENGEPOSAN PESANAN ATAS TALIAN.
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM46.00
Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia
Price RM46.00
Product SKU 9789831008522
Brand Penerbit UM
Reward Points 46
Availability 3
Quantity
Description

Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia - Kulit lembut 

 

Penulis: Faisal Ahmad Shah
ISBN: 9789831008522
Tahun: 2016
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 191
Berat: 321g

 

Buku Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia ini berusaha mengenal pasti sejauh mana pusat-pusat pengajian Islam di India berperanan dalam mengembangkan pengajian hadis seterusnya melahirkan tokoh ulama dan karya hebat dalam bidang hadis. Buku ini dimulakan dengan memperkenalkan beberapa tokoh ulama hadis India berdasarkan dua aliran utama iaitu aliran deobandi yang diwakili oleh ulama Deoband dan Mazahir al-Ulum seterusnya aliran hadis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kedua-dua aliran tersebut mempunyai kekuatan masing-masing dalam perkembangan pengajian hadis di India. Karya-karya mereka berserta metodologi penulisan yang digunakan menyerlahkan bahawa kewibawaan tokoh-tokoh ulama hadis India setanding dengan ulama-ulama hadis Timur Tengah yang lain. Pengenalan kepada daurah hadith dan takhassus hadith di Darul ‘Ulum Deoband, Mazahir al-‘Ulum, Darul Ulum Nadwatul Ulama Lucknow dan Universiti Islam Sanabil mengesahkan kesungguhan mereka dalam menghidupkan pengajian hadis di India. Pengaruh sistem pengajian hadis di India terhadap Malaysia sangat besar melalui penubuhan madrasah dan pusat pengajian yang menggunakan sistem pengajian hadis di India oleh tokoh-tokoh ulama Malaysia lepasan pengajian India. Antaranya Madrasah Miftah al-‘Ulum Bandar Baru Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar (PPADK), Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Darul al-‘Ulum li Ihya’ Ulum al-Din di Langgar, Kedah dan Maahad Darul Hadith di Kedah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More