Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Bahasa Melayu Kelebihannya dan Kekurangannya
Price RM35.00
Product SKU 9789671571699
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 3
Quantity
Description

Bahasa Melayu Kelebihannya dan Kekurangannya Ed. ke-2 - Kulit lembut

 

Pengarang: Za'ba
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789671571699
Tahun: 2019
Bil Muka surat: 154
Berat: 270 g

 

Edisi ke-2 ini menampilkan pengenalan dan catatan penyunting, serta perūmīan, nota kaki, glosari dan indeks yang telah dikemaskini.

 

Dalam buku ini, lapan buah makalah tulisan Za'ba yang pernah terbut dalam majalah Qalam bercetak Jawi pada tahun 1950-an diterbitkan semula dalam edisi Rumi (yang menggunakan kaedah transliterasi Jawi-Rumi) dan edisi asal dalam cetakan Jawi. Semua makalah itu mewakili pemikiran dan gagasan beliau tentang bahasa Melayu. Makalah pertama "Kedudukannya di Tenggara Asia" memaparkan kawasan tersebarnya bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara khususnya bagi penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Kepulauan Riau dan Sumatera. Selain itu, bahasa Melayu disebut juga oleh Za'ba sebagai bahasa kedua yang luas dituturkan di Pulau Jawa, di negeri-negeri di Borneo (dalam sejarah moden kini meliputi Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan), dan di beberapa bahagian lain di Indonesia.

 

Petikan dari Kata Pengantar, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan

 

Kepada orang Melayu Tanah Melayu, biarlah kita katakan di sini bahawa bahasa kita ini sebagaimana lain-lain bahasa yang segar dan hidup juga, boleh jadi bahasa rasmī dalam pemerintahan dan jadi wāsiṭah mengajarkan pelajaran-pelajaran universiti pada ākhirnya, dengan sharaṭ diberi akan dia peluang membuat kerja itu dan dibela pelihara kesuburannya seberapa cermat dengan jalan digalakkan tumbuhnya, dipupuk, dibaja, ditambah apa-apa yang kekurangan, dan ditempakan perkataan-perkataan baharu yang munāsabah. Maka, walau apa pun dikatakan orang berlawanan dengan fikiran ini, tetapi tetaplah juga dengan tiada shakk sekali-kali bahawa jika tidak diberi akan dia peluang melayakkan dirinya bagi kerja itu nescaya tidaklah ia akan tumbuh menjadi penuh besar dan layak mengerjakannya sampai bila pun - Za‘bā.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More