Price | RM85.00 |
Product SKU | 9789834905651 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 85 |
Points Needed | 17000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi - Kulit Lembut
Penyunting: Shaharir Mohamad Zain
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834905651
Tahun: 2015
Bil. Muka surat: xlix , 770
Berat: 830 g
Unsur Etnosains Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik. Perbincangannya memfokuskan warisan tamadaun berbahasa Melayu dalam sains dan matematik yang mencakupi matematik tulen (etnosains matematik), sains hayat (etnosains hayat) dan fizik (etnofizik, khususnya ilmu falak). Hasil penyelidikan matematik Malayonesia berbahasa Melayu yang paling penting setakat ini ialah penemuan sistem nombor dan angka Malayonesia sejak abad ketujuh Masihi yang sepatutnya dianggap sebagai sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia.
Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama berkisar tentang konsep etnosains Malayonesia. Bahagian kedua membincangkan peranan bahasa dalam pembangunan sains matematik terutamanya dalam bahasa Melayu. Sementara itu, bahagian ketiga pula membicarakan hal yang dianggap boleh mengukugkan adanya sains matematik Malayonesia sejak abad kelima Masihi. Bahagian terakhir berkisar tentang ilmu kontemporari dalam konteks nilai kebudayaan Malayonesia yang mengambil contoh ilmu matematik kewangan dan ekonomi matematik.
Buku ini dapat menggamit pembaca tentang warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains dan matematik sejak abad kelima Masihi hingga kini.