Price | RM45.90 |
Product SKU | 9789672278078 |
Brand | Hijjaz Records Publishing |
Points Needed | 9180 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Ensiklopedia Sejarah Turki Jilid 2: Membongkar Sejarah Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah dan Pra Kemunculan Mustafa Kemal Ataturk - Kulit Lembut
Pengarang: Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah
ISBN: 978-967-2278-07-8
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Mukasurat: 356
Berat:
Dalam jilid kedua ini, tumpuan akan diberikan kepada analisis tentang faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat dua faktor besar, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran ialah ancaman kuasa Salib Kristian, seperti kuasa Portugis, Sepanyol, Habsburg, British, Perancis dan Russia. Ini diikuti oleh ancaman Yahudi dalam berbagai wajah, seumpama Yahudi Dunama, Yahudi Freemason dan Yahudi Zionis. Malah sekaligus ia juga merupakan ancaman dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah orang-orang Turki sendiri. Ancaman juga datang daripada golongan Syiah, yang secara langsungnya datang daripada Kerajaan Syiah Safawiyah dari Iran. Namun sebagai penjelasan lanjut, didedahkan juga ancaman Syiah secara menyeluruh terhadap umat Islam sepanjang sejarah. Ancaman juga datang daripada tariqat-tariqat Sufi yang menyimpang dan terlibat dalam pemberontakan menentang kerajaan, seperti tariqat Baba'iyah, Bektasyiyah, Hurufiyah dan Simawniyah. Bagaimanapun terdapat tariqat-tariqat muktabar yang berkembang secara bebas seperti tariqat Yasawiyah, Bayramiyah, Mawlawiyah dan Naqsyabandiyah. Akhirnya tentang faktor dalaman, yang merupakan kelemahan pemerintah Uthmaniyah sendiri, antaranya ialah kelemahan pentadbiran, campurtangan wanita dalam pemerintahan, pembaziran, keduniawian, ketidakadilan, kekejaman, dan sebagainya. Rangkuman dari pelbagai faktor ini dan lain-lain faktor lagi telah membawa keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah, bukan hanya satu faktor sahaja yang cuba ditonjolkan oleh setengah pihak.