Price | RM18.00 |
Product SKU | 9789831954096 |
Brand | Karisma Publications |
Size (L x W x H) | 21 cm x 14.5 cm x 1.5 cm |
Reward Points | 18 |
Points Needed | 3600 |
Availability | Out Of Stock |
Andalus: Semarak Tamadun di Eropah - Kulit lembut
Penulis: Salmah Omar
ISBN: 9789831954096
Penerbit: Karisma Publications
Tahun: 2009
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 240
Berat: 343g
Andalus merupakan satu-satunya wilayah pemerintahan Islam yang terletak di benua Eropah. Kemunculannya sebagai pusat intelektual Islam pada Zaman Pertengahan iaitu pada abad ke-10 M dianggap sebagai kemuncak kejayaan Islam dalam sejarah peradaban Islam. Tamadun Islam Andalus melahirkan ramai sarjana Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuklah bidang sains tulen dan falsafah. Namun, fenomena yang berlaku pada hari ini menggambarkan seolah-olah tradisi keilmuan itu datangnya dari tamadun Barat. Sumbangan sarjana Islam Andalus dan Timur pada Zaman Pertengahan tidak ditonjolkan dan terus dinafikan peranannya. Masyarakat tidak menyedari bahawa dari tamadun Islam Andalus, maka ilmu pengetahuan tersebar. Menyedari akan hakikat inilah, maka melalui penulisan ini penulis akan menonjolkan kembali kegemilangan tamadun Islam Andalus dengan tumpuan kepada peranannya sebagai pusat pengaliran ilmu dari tamadun Islam ke Eropah pada abad ke-10 M sehingga 13 M.