Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM88.00
Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan
Price RM88.00
Product SKU 9789674880743
Brand Penerbit UM
Reward Points 88
Availability 1
Quantity
Description

Industri Budaya: Asia Tenggara dan Korea Selatan - Kulit lembut

Pengarang: Azizah Hamzah, Seung-Ho Kwon
ISBN: 9789674880743
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Tahun: 2018
Bahasa: Malay
Bil Muka surat: 495
Berat: 796g

    
Sejak tahun 2008, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa supaya pada abad ke-21, semua negara dan masyarakat samada di kawasan yang daif atau di mana-mana kawasan di dunia harus membangunkan teknologi dengan menampilkan kreativiti dalam ekonomi dan budaya. Para pengkaji bidang ekonomi, media dna budaya mengakui bahawa industri budaya adalah salah satu sektor ekonomi yang penting yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di negara-negara maju.

Buku ini memaparkan perkembangan industri budaya tiga buah negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara Korea Selatan. Bab-bab tentang Korea Selatan menunjukkan bahawa negara itu mempunyai persediaan yang sistematik terutamanya dengan penggubalan dasar kerajaan yang diperkenalkan selaras dengan perkembangan arus globalisasi yang membawa impak terhadap beberapa sektor industri pada aal tahun 2000 sehingga kini. Negara-negara Asia Tenggara menyedari bahawa industri budaya dan kreatif tidak dapat tumbuh segar tanpa sumbangan daripada golongan kreatif serta persekitaran yang menjadi platform subur yang memperkembangkan dan menghidupkan industri ini. Dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan ekonomi kreatif dalam era global, buku ini menghuraikan perkembangan industri budaya dan menyediakan fakta dan perangkaan ekonomi kreatif keempat-empat negara yang terlibat.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More