Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
​Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf Menerusi Dana Amanah Hartanah Islam
Price RM45.00
Product SKU 9789674408329
Brand USIM Press
Size (L x W x H) 55 cm x 40 cm x 3 cm
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability 1
Quantity
Description

​Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf Menerusi Dana Amanah Hartanah Islam - Kulit Lembut


Penulis/Penyunting:Syanaz Sulaiman, Aznan Hasan, Siti Mashitoh Mahmood, Ahmad Azam Sulaiman
ISBN: 9789674408329
Penerbit:USIM Press
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 271
Berat: 420 g


Buku Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf Menerusi Dana Amanah Hartanah Islam mengupas sejarah institusi wakaf serta mekanisme pembangunan hartanah wakaf menerusi pelbagai kaedah tradisional mahupun moden. Buku ini turut menggarap perbahasan hukum dan fatwa berkaitan wakaf, isu-isu perundangan semasa serta cabaran untuk membangunkan hartanah wakaf menerusi mekanisme kontemporari. Keunikan buku ini antara lain dapat memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai aspek penggemblengan aset-aset wakaf secara lebih dinamik dan progresif. 

 

Amanah pelaburan hartanah Islam merupakan antara instrumen pasaran modal Islam yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan bagi membuka kunci nilai hartanah wakaf yang terpendam. Pendekatan ini sudah pastinya dapat meningkatkan kecairan hartanah wakaf untuk dimanfaatkan oleh benefisiari wakaf serta ummah secara lebih mampan. Modenisasi dalam kaedah pelaburan dan pengembangan harta wakaf merupakan satu anjakan paradigma ke arah memperkasa peranan wakaf dalam memenuhi keperluan dan tuntutan umat manusia yang kian mencabar. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para pengkaji, pengurus, pengamal industri kewangan Islam serta pencinta wakaf bagi mencetuskan perspektif baharu dalam arena pembangunan hartanah wakaf.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More