Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789834922566 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 25 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Kenali Pemimpin Negara: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Kulit Lembut
Penulis: Marini Azahri
ISBN: 9789834922566
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Bil. Muka Surat: 181
Berat: 271 g
Kulitnya yang hitam, perangainya yang lasak dan nakal, maka Tunku dipanggil "Awang" oleh abangnya. Walaupun tinggal di istana, zaman kanak-kanak Tunku seperti juga kehidupan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Tunku mempunyai ramai kawan. Merayau-rayau di dalam kampung, menangkap ikan, menjerat burung, mengutip buah-buahan kampung dan bermain permainan kampung adalah antara aktiviti harian Tunku.
Apa yang dipaparkan dalam buku ini hanyalah pengalaman manis zaman kanak-kanak dan remaja seorang negarawan ulung. Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama juga digelar Bapa Kemerdekaan. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, buku ini memberikan tumpuan terhadap kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja sehingga Tunku kemudiannya menjadi tokoh pemimpin negara yang bertanggungjawab terhadap kemerdekaan dan terbentuknya negara Malaysia.