Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our preferred courier, Malaysia: Poslaju | International : DHL and FedEx
RM20.00
Peringatan Buat Penuntut
Price RM20.00
Product SKU 9789671382677
Brand Baytul Hikma
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability 41
Quantity
Description

Peringatan Buat Penuntut: Perihal Perkara Utama yang Dituntut (Tazkir al-Talib bi Ummahat al-Matalib) - Kulit lembut

 

Pengarang: Ahmad al-Syazuli
Penterjemah: Ahmad Syaibani Ramli
Penerbit: Baytul Hikma
ISBN: 9789671382677
Tahun: 2017 (Cetakan ke-4)
Bil Muka surat: viii, 67
Berat:  130 gram

 

Adapun kemudian daripada itu, maka inilah sebuah risalah kecil yang berharga berkenaan satu perkara penting – terkenal dan masyhur di kalangan ahli mantiq dengan nama “tuntutan-tuntutan utama” (ummahāt al-maṭālib) – yang haus jiwa-jiwa dan akal-akal untuk mengetahuinya. Demi menulis beberapa lembaran ini. Allah menjadi saksi bahawa aku menggali di celahan kitab-kitab yang besar dan tebal, untuk aku susunkan bagimu kalimat-kalimat ini. Kitab ini walaupun berupa helaian-helaian yang sedikit namun terkandung faedah-faedah yang besar, dan kalimat-kalimatnya walaupun ringkas namun terkandung manfaat-manfaat yang banyak. Aku namakannya “Peringatan Buat Penuntut: Perihal Perkara Utama yang Dituntut”.

 


Tentang buku oleh penterjemah, Ahmad Syaibani Ramli:

 

1- Judulnya Tazkirul Thalib Bi Ummahatil Mathalib yang bermaksud Peringatan Buat Penuntut Perihal Perkara Utama Yang Dituntut.

 

2- Topik perbahasan buku ialah "Ummahatul Mathalib" (tuntutan-tuntutan utama). Ia satu topik khusus dalam sesetengah kitab mantik arab seperti Isyarat wa Tanbihat oleh Ibnu Sina, al-Manahij Fil Mantiq oleh Ibnu Turkah dan Mi'yarul Ilmi oleh al-Ghazali.

 

3- Apa itu Ummahatul Mathalib? Ummahatul Mathalib ialah BENTUK-BENTUK PENGETAHUAN UMUM YANG DITUNTUT oleh jiwa semua manusia yang berfikir secara fitrah. Dalam istilah ahli mantik, ia di panggil Ummahatul Mathalib atau pun al-Mathalib.

 

Ia terbahagi kepada tiga secara umum iaitu :

APA, ADAKAH DAN KENAPA.

 

4- Tiga tuntutan ini adalah pecahan bagi Tasawwur dan Tasdiq yang merupakan dua bahagian utama ilmu Mantik. Kebanyakan kitab mantik meletakkan perbahasan al-Mathalib di bahagian belakang, selepas bab Qiyas.

 

5- Jiwa manusia dalam prosesnya untuk mengetahui segala sesuatu yang belum diketahuinya, secara teratur, akan melalui 3 fasa tuntutan ini.

 

6- Kita ambil contoh. Apabila seseorang terdengar perkataan "rajawali", jiwanya akan melalui 3 fasa tuntutan atau pengetahuan umum "apa", "adakah" dan "kenapa" iaitu :

Jiwa tertanya-tanya "apakah itu rajawali?" (APA)

Setelah dia mendapat jawapannya, dia akan tertanya pula, "adakah rajawali itu sesuatu yang wujud?"(ADAKAH)

Setelah dia dijawab bahawa rajawali wujud, maka jiwa masih belum puas lalu bertanya lagi "kenapa dikatakan ia wujud?" atau pun "apa bukti wujudnya ia?” (KENAPA)

 

7- Perincian berkenaan topik ini dibincangkan lebih lanjut dalam kitab yang saya terjemahkan, menurut kaedah perbahasan ahli mantik.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More