RAMADHAN PROMOTION | INSERT COUPON CODE 'RAMADAN' & ENJOY 10% ON ALL BOOKS UNDER ISLAM CATEGORY
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Pantun Perawi
Price RM45.00
Product SKU 9789838618779
Brand Penerbit USM
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability 1
Quantity
Description

Pantun Perawi - Kulit lembut

 

Penyusun: Noriah Taslim
ISBN: 9789838618779
Penerbit: USM
Tahun: 2015
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 218
Berat: 202 g

 

Pantun ialah warisan puisi Melayu tradisional yang paling unik dan asli. Pantun lahir dalam masyarakat yang mementingkan kebijaksanaan, kecerdasan akal dan penggunaan kata-kata. Ia dicipta secara lisan, justeru bentuknya memperlihatkan ciri-ciri sastera lisan yang umum - bersukat, berangkap, berentak dan berirama. Daripada jumlahnya yang cukup besar dan jenisnya yang rencam, ternyata pantun merupakan puisi yang amat digemari. Ia bukan sahaja akrab dengan kehidupan orang Melayu tetapi juga memenuhi pelbagai fungsi bicara dan adat. Isinya mencakupi diri manusia secara menyeluruh - emosi, akal dan budinya. Khalayaknya merentasi kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Seringnya pantun dijumpai dalam bentuk ujaran lisan, dikumpulkan dan dibukukan untuk diabadikan. Namun, pantun juga terdapat pada halaman-halaman teks sastera tradisional; pantun-pantun ini saya gelar pantun perawi - periwayat sastera. Maka buku ini merupakan satu dokumentasi pantun yang terdapat dalam teks-teks sastera lama baik yang tampil secara lisan (kemudian dibukukan) mahupun secara bertulis. Himpunan ini memuatkan lebih daripada seribu pantun yang dikumpulkan daripada lebih kurang 80 buah teks sastera tradisional daripada pelbagai genre.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More