SELAMAT HARI MERDEKA KE-64 BUAT RAKYAT MALAYSIA! KAMI BEROPERASI PADA 31 OGOS 2021 KECUALI PENGEPOSAN PESANAN ATAS TALIAN.
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM30.00
Isu-Isu Dalam Terjemahan Arab - Melayu
Price RM30.00
Product SKU 9789834921088
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 1
Quantity
Description

Isu-Isu Dalam Terjemahan Arab - Melayu - Kulit lembut 

 

Editor: Idris Mansor
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 275
Berat: 350g

 

Buku Isu-Isu Dalam Terjemahan Arab - Melayu merupakan sebuah buku suntingan hasil penulisan beberapa orang penulis yang berkaitan dengan kajian penterjemahan. Buku ini mengetengahkan isu-isu dalam penterjemahan bagi pasangan bahasa Arab dan bahasa Melayu. Terdapat dua bentuk isu yang dibincangkan, iaitu isu yang khusus kepada pasangan bahasa Arab dan bahasa Melayu, dan isu-isu penterjemahan yang bersifat universal. Isu-isu yang bersifat khusus termasuklah perkembangan bidang terjemahan bahasa Arab dan bahasa Melayu di Malaysia, terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Melayu, terjemahan puisi Arab ke dalam bahasa Melayu, proses dan cabaran dalam menterjemah teks khusus dalam bahasa Arab kepada bahasa Melayu, dan sumbangan terjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu kepada pengayaan sumber rujukan di Malaysia. Dalam pada itu, isu-isu yang bersifat universal yang sering kali dikongsi oleh terjemahan pasangan bahasa yang berbeza termasuklah isu penggunaan kamus sebagai bahan bantuan penterjemahan, isu konteks dan budaya dalam penterjemahan, pengaplikasian pendekatan terjemahan fungsian dalam terjemahan, dan isu keterbatasan terjemahan dan kebolehterjemahan puisi.

 

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam bidang terjemahan, para pengajar serta pembaca umum yang ingin mengetahui pendekatan yang digunakan untuk menangani isu-isu dalam penterjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More