Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15
Price RM30.00
Product SKU 9789679423352
Brand Penerbit UKM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 2
Quantity
Description
Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke-15 - Kulit lembut 
 
Penulis: Liang Liji
ISBN: 9789679423352
Tahun:2009
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat:146
Berat:242g
 
​Sejarah manusia memang penuh dengan bentrokan dan pertumpahan darah. Bangsa dan negara yang berbeza jarang dapat hidup berdampingan dalam rukun damai. Selalunya rakyat terheret ke dalam kancah permusuhan dan peperangan yang membawa malapetaka besar. Kerana itulah Liang Liji, sejarah perhubungan China-Melayu pada abad ke-15 amat menakjubkan kerana sepanjang pertalian selama lebih separuh abad tidak terdapat perselisihan atau pertikaian, apalagi peperangan. Keadaan ini amat berbeza apabila Dunia Melayu dikuasai Barat. Melaka-China bukan sahaja membina kekuatan perhubungan mereka atas faktor politik dan ekonomi yang pragmatik. Hubungan budaya yang amat kukuh terbukti dengan beredarnya Man La Jiu Guo Yi Yu, kamus dwibahasa Cina-Melayu pada zaman perhubungan Dinasti Ming-Melaka. China pula banyak berpegang kepada falsafah Confucius. Antara lain Confius mengajarkan “kalau anda ingin tumbuh, tumbuhkanlah orang lain kalau anda ingin makmur, makmurkanlah orang lain.” Bertolak dari situlah China menyatakan “hendak bersahabat dan berkasih-kasihan.” Dan Melaka pun aman dan makmur bersama China.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More