Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM20.00
Umm al-Quran: Maqasid Surah al-Fatihah
Price RM20.00
Product SKU 9789672158004
Brand ABIM
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability Out Of Stock
Description

Umm al-Quran: Maqasid Surah al-Fatihah - Kulit lembut

 

Pengarang: Najmuddin al-Tufi, Mohammad Syafiq Ismail (Penterjemah)
Penerbit: ABIM
ISBN: 9789672158004
Tahun: 2017
Bil. Muka surat: 48
Berat: 121 g


Al-Fātiḥah, bertepatan dengan gelarnya sebagai ‘Pembuka,’ merupakan pembuka bagi al-Qur’ān. Kedudukannya di awal muṣḥaf, sesuai dengan susunan yang diwahyukan Ilahi kepada Nabi, mengundang persoalan; Mengapakah al-Fātiḥah digelarkan baginda sebagai Umm al-Qur’ān (Induk al-Qur’ān)? Mengapa al-Fātiḥah begitu dimuliakan, sehingga diletakkan sebagai mukadimah bagi al-Qur’ān? Apakah keistimewaan yang ada padanya, yang tidak terdapat pada ayat-ayat lainnya?

 

Persoalan inilah yang mendasari buku ini, karangan asal Najmuddīn al-Ṭūfī (w. 716H), seorang sarjana Islam ulung yang mendahului zamannya, apabila mengemukakan jawapan beliau, dengan melakukan kajian silang antara bidang Tafsīr al-Qur’ān dengan Falsafah Bahasa Sharī‘at, sekaligus merungkaikan Maqāṣid Aṣliyyah (hikmah yang terutama) daripada penurunan al-Qur’ān, sebagai hidayah dan pedoman buat manusia dan kemanusiaan.

 

Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca yang budiman, agar dengannya, kita lebih menghayati al-Fātiḥah – yang menjadi amalan dan bacaan setiap muslim sehari-harinya – dan memahami rahsia di balik penamaan al-Fātiḥah sebagai Umm al-Qur’ān.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More