Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM23.00
Tafsir Surah al-Fatihah
Price RM23.00
Product SKU 9789672158608
Brand ABIM
Reward Points 23
Points Needed 4600
Availability 1
Quantity
Description

Tafsir Surah al-Fatihah - Kulit lembut 


Pengarang: Dr. Muhammad 'Abdullah Diraz
Penterjemah: Syah Nazrin
ISBN: 9789672158608
Tahun: 2020
Penerbit: ABIM 
Bahasa: Malay
Bil Muka surat: 108
Berat: 210g

Surah al-Fatihah merupakan sebuah surah dalam al-Quran yang sangat tidak asing bagi seluruh umat Islam.Ia adalah surah yang sering dibaca dalam banyak urusan kehidupan kita, khususnya dalam setiap rakaat solat kita. Ia ibarat jantung kepada kehidupan kita dalam merealisasikan tujuan penghambaan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar.

Karya ini bertujuan untuk memberikan panduan dan kefahaman yang mudah dan praktikal berkenaan Surah al-Fatihah. Ia dikarang oleh Imam al-Qaradawi yang lebih dikenali ramai dari sisi ketokohan beliau sebagai seorang ilmuwan fiqh kontemporari berbanding sisi beliau sebagai tokoh mufassir al-Quran. bagi sesiapa yang meneliti pelbagai karya dan ucapan beliau secara keseluruhan, sangat mudah untuk kita lihat penguasaan beliau yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran. Setiap karya beliau dilonggokkan dengan begitu banyak kalam-kalam Allah yang mengalir umpama air dalam setiap penghujahan dan analisis beliau terhadap sesuatu isu yang ingin beliau huraikan. Pada mentafsirkan Surah al-Fatihah, al-Qardawi banyak merumuskan beberapa huraian menarik Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah dalam salah sebuah karya agung beliau, Madarij al-Salikin Bayna Manazil Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in.

Sebagai tambahan juga, buku ini turut memuatkan sebuah sisipan khas yang dapat membantu kita merenungi Surah al-Fatihah dengan lebih baik dan mendalam. Ia adalah sebuah terjemahan dari makalah karangan 'Allamah Dr. Muhammad 'Abdullah Diraz (yang juga merupakan salah seorang guru kepada al-Qardawi sendiri) yang bertajuk Nazharat fi Fatihah al-Kitab al-Hakim. Sungguh, makalah ringkas ini mengandungi butir-butir permata yang indah bagi menjadi renungan dan pedoman dalam merealisasikan erti hidup sebagai hamba Allah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More