Price | RM55.00 |
Product SKU | 9789672422273 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Reward Points | 55 |
Points Needed | 11000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Tafsīr Nūr al-Iḥsān: Berserta Taḥqīq dan Ta‘līq, Juzu’ 4-7, Jilid Kedua - Kulit Lembut
Pengarang: Muḥammad Sa‘īd ‘Umar Khatīb
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: 2021
ISBN: 9789672422273
Mukasurat: 417
Berat: 778g
Tafsīr Nūr al-Iḥsān ini ialah buah qalam Tuan Guru Ḥāji Muḥammad Sa‘īd bin ‘Umar Khaṭīb, seorang ‘ālim dan mufti dari negeri Kedah Darul Aman yang mangkat pada tahun 1932M. Kitāb ini amat mashhūr di negeri utara Semenanjung hingga ke Faṭānī Dār al-Salām dan digunakan sebagai kitāb pengajian di masjid-masjid.
Adapun terbitan ini diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Jāwī turāth – dengan penyeragaman ejaan dan reka bentuk yang lebih jelas dan mudah bagi pengajian dan pembacaan. Terbitan ini juga menyertakan taḥqīq dan ta‘līq serta penjelasan beberapa ungkapan bahasa Kedah yang digunakan oleh pengarang dalam tafsīr beliau.
Adalah terbitan ini kerjasama antara Akademi Jawi Malaysia dan pasukan pentaṣḥīḥ yang terdiri daripada pensharaḥ-pensharaḥ Pengajian Islām dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNISHAMS), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).