Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789672158912 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 6 |
Quantity |
|
Sifat Ibad Al-Rahman - Kulit lembut
Pengarang: Shaykh 'Abd al-Razzaq 'Abd al-Muhsin al-Badr
Penterjemah: Mushfique Ayoup & Nabilah Othman
ISBN: 9789672158912
Penerbit: ABIM
Bahasa: Melayu
Tahun: 2021
Bil. Muka surat: xvi, 48
Berat: 130 g
Islam ialah agama yang sempurna. Ia bukan sahaja mencakupi aspek akidah dan syari'at semata-mata, bahkan, ia turut datang mencakupi aspek akhlak, bagi membentuk peribadi seseorang dengan budi pekerti yang mulia. Dalam al-Qur'an banyak disebutkan berkaitan sifat dan ciri orang beriman yang berjaya.
Antara surah yang terdapat dalam al-Qur'an yang menceritakan tentang akhlak ialah surah al-Furqan. Jika diamati pada akhir surah al-Furqan ada disebutkan lapan sifat hamba Allah yang digelar sebagai 'Ibad al-Rahman (hamba-hamba al-Rahman). Mereka ini dijanjikan oleh Allah subhanahu wa Ta'ala dengan ganjaran syurga.
Oleh sebab itu, karya ini merupakan terjemahan daripada karya yang ditulis oleh Shaykh 'Abd al-Razzaq bin 'Abd al-Muhsin al-Badr hafizahullah, amat sesuai untuk dibaca oleh setiap peringkat usia kerana kandungannya amat mudah difahami serta diamalkan. Mudah-mudahan karya terjemahan ini mampu memberi sedikit kefahaman kepada sidang pembaca dalam mentadabburi ayat-ayat Allah subhanahu wa ta'ala serta mengamalkannya dalam melayari bahtera kehidupan.