Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789839188745 |
Brand | Al-Hidayah Publication |
Points Needed | 4000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran - Kulit Lembut
Pengarang: Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni
Penterjemah: M. Junaidi Al Hashim
Editor: Abdul Aziz Ismail
ISBN: 9789839188745
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2007
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 338
Berat: 384 g
Ajaran Islam menuntut kita mengaji secara jelas dan tepat tentang isi kitab Al-Qur'anul Karim. Untuk itu diperlukan perhatian khusus, penumpuan dan huraian secara mendasar. Maka semua itu telah dimuatkan di dalam buku ini. Sejak dahulu lagi, ramai para ulama' yang menghabiskan waktunya untuk menghafal dan mengkaji Al-Qur'an, kemudian ramai di kalangan mereka telah kembali menemui Allah SWT dengan meninggalkan perbendaharaan ilmu pengetahuan yang menakjubkan untuk kita. Ada terlintas di hati manusia beberapa pertanyaan: Mengapa Al-Qur'an mesti ditafsirkan? Apakah untuk menemukan qita'ahnya, dan meyakinkan bacaannya? Apakah untuk menyingkap tabir persembunyian makna-maknanya? Atau apakah untuk menyingkap rahsia dan khazanahnya? Tetapi adalah lebih utama lagi membebaskan manusia dari penyembahan kepada hamba menuju penyembahan kepada Allah Azza Wajalla. Demikianlah juga penampilan buku ini bukan sahaja sebagai rujukan para mahasiswa dan pensyarah tetapi menemukan individu dan masyarakat dengan zat Pencipta Alam, Pengawas Semesta, Pemelihara Langit Tinggi serta Arasy yang Maha Agong.