Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.60 RM36.00
Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman
Price RM30.60 RM36.00
Product SKU 9789670474007
Brand UUM Press
Reward Points 36
Availability 1
Quantity
Description

Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman - Kulit lembut


Penulis: Rosnaaini Hamid & Suhanim Abdullah
ISBN: 9789670474007
Penerbit: UUM Press
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 143
Berat: 265g

 

Pendidikan keibubapaan berdasarkan Surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini. Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah SWT nikmat dan ilmu pengetahuan. Anugerah yang diberikan ini, menjadikan beliau seorang yang bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT. Manakala, ayat 13-19 menyentuh tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya melalui strategi pendidikan yang tepat. Isi kandungan pendidikan beliau membincangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tatacara menjalinkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Hubungan yang baik dengan Allah diterapkan melalui usaha menanam akidah yang mantap ke dalam jiwa, ubudiyyah kepada Allah SWT, menunaikan segala suruhan dan menjauhi larangan semata-mata ikhlas kepada Allah SWT. Hubungan sesama manusia pula dimulai dengan didikan supaya menghormati dan berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan bersopan santun sewaktu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Beliau mendidik anaknya agar tidak berpaling muka sewaktu bertemu dengan manusia ramai, sentiasa merendahkan suara dan berjalan dengan gaya yang tidak sombong. Pendidikan yang diberi menjadikan anaknya seorang yang memiliki budi bahasa dan sopan santun yang sangat baik. Jalinan pendidikan antara hubungan seseorang dengan Allah SWT dan masyarakat sekeliling yang sempurna mampu melahirkan insan mulia yang disanjung tinggi. Justeru, bertepatan jika dikatakan model pendidikan keibubapaan yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau mencakupi setiap aspek keperluan para ibu bapa dan anak-anak untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam menempuh cabaran semasa. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More