Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
Konsep Pembebasan Insan Menurut al-Qur'an: Prinsip dan Nilai
Price RM30.00
Product SKU 9789672158196
Brand ABIM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 3
Quantity
Description

Konsep Pembebasan Insan Menurut al-Qur'an: Prinsip dan Nilai - Kulit Lembut

Pengarang: Dr.Ibrahim Yahya al-Shihabi
Penerbit: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ISBN: 9789672158196
Tahun: 2018
Bil Muka surat: 142
Berat: 237g

 

Al-Qur’an adalah wahyu terakhir daripada Allah, yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad sallAllahu ‘alayhi wa sallam. Ianya antara lain mengajar manusia tentang bagaimana membina peradaban kemanusiaan yang berasaskan kasih sayang dan keamanan, menerusi interaksi kebudayaan yang rencam dari pelbagai pihak, melalui individu, kumpulan, bangsa dan negara, di samping kesemua pihak terbabit berhak mengekalkan identiti bangsa dan kebudayaan sendiri.

 

Buku ini menegaskan bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menganugerahkan kebebasan yang sempurna kepada manusia serta mengajarkan mereka cara mempraktikkan kebebasan menurut perspektif Tuhan. Dengan aplikasi yang betul, ia boleh merealisasikan kebahagiaan buat manusia secara rentas agama, bahasa, warna kulit, ras dan bangsa dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, sosial, ideologi dan sebagainya.

 

Keredhaan Allah tidak sekadar hanya kepada amalan ibadah khusus, tetapi ia turut merangkumi aktiviti khidmat, bekerja memenuhi keperluan manusia dan pembentukan kerjasama dalam usaha menjayakan misi memakmurkan dan memajukan dunia. Proses interaksi positif yang dijalinkan oleh manusia kepada haiwan, tumbuhan dan alam persekitaran termasuk dari perkara yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

 

Manusia akan menikmati kebaikan yang sejagat jika mereka terus menghadapi perbezaan budaya dengan interaksi yang harmoni di samping mengelakkan sebarang bentuk konfrontasi dan penindasan. Peradaban yang cemerlang hanya dapat dijayakan dengan keamanan dan pengetahuan, bukan dengan peperangan dan kejahilan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More