Price | RM45.00 |
Product SKU | 9789832718727 |
Brand | IKIM |
Reward Points | 45 |
Points Needed | 9000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Al-Quran dan Peradaban - Kulit Lembut
Penyunting: Mohd. Farid Mohd. Shahran & Wan Roslili Abd. Majid
ISBN: 9789832718727
Penerbit: IKIM
Tahun: 2019
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 246
Berat: 387g
Karya ini menggarap dimensi penting peradaban Islam yang dicetuskan oleh al-Quran. Lima bab daripada karya ini membahaskan kerangka besar peradaban Islam manakala empat bab yang lain membahaskan persoalan semasa berasaskan petunjuk al-Quran. Bab pertama membicarakan gagasan peradaban al-Quran yang menjadi peta kandungan al-Quran. Bab kedua membicarakan peranan akal dan bab ketiga membincangkan konsep peradaban dari sudut pandang al-Quran. Bab empat menyorot tentang gagasan al-Quran tentang kehidupan dan kematian. Seterusnya bab lima dan lapan membahaskan kepentingan pematuhan prinsip-prinsip al-Quran yang menjamin kemajuan sosial dan keadilan ekonomi yang menjamin kemajuan sesebuah masyarakat serta negara. Bab tujuh menumpukan terhadap perbahasan i'jaz al-Quran dari sudut sains dan kepentingan tadabbur. Teladan daripada kaum wanita yang dikemukakan al-Quran sebagai panduan terbaik untuk menghadapi cabaran getir sepanjang zaman diperincikan dalam bab terakhir karya ini.