Price | RM16.00 |
Product SKU | 9789673682850 |
Brand | Al-Hidayah Publication |
Points Needed | 3200 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Krisis Akidah antara Golongan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah - Kulit lembut
Pengarang: Prof. Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
ISBN: 9789673682850
Penerbit: Al-Hidayah
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 246
Berat: 355g
Buku ini membincangkan persoalan yang penting dan utama dalam kehidupan umat Islam; Akidah yang benar dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang menggunakan kaedah Tahzib iaitu ringkasan berdasarkan gaya penulis sendiri disamping menjaga maklumat penting daripada buku pengarang asal.
Sedia maklum, nama Ahli Sunnah Wal Jamaah makruf diketahui zaman berzaman semenjak awal kemunculannya. Istilah Ahli Sunnah dalam bahasa Arab bererti pengikut atau pendukung Sunnah Rasulullah. Manakala perkataan 'Jamaah' pula merujuk kepada jamaah Rasulullah SAW bersama Sahabat, Tabi'in, Tabi' Al-Tabi'in dan orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka.
Antara maklumat pilihan yang dibincangkan adalah Latar Belakang Krisis Akidah dalam mazhab Sunni, Fenomena krisis Akidah di Peringkat Masyarakat, Fenomena Krisis Akidah dalam Kalangan Mazhab Fiqh dalam Ahli Sunnah dan juga Kesan-Kesan Krisis Akidah, Punca-punca dan Jalan Penyelesaian.
Semoga buku ini memberi penjelasan yang mendalam mengenai akidah bagi memelihara umat Islam dari percanggahan dan kesesatan terutama pengikut Ahli Sunnah.