Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789672422457 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Size (L x W x H) | 35 cm x 30 cm x 1 cm |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 15 |
Quantity |
|
Risalah Hayy Ibn Yaqzan - Kulit Lembut
Penulis: Ahmad Abdul Qadir
ISBN: 9789672422457
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: 2023
Bahasa: Malaysia
Muka Surat: 125
Berat: 240 g
Risalah Hayy Ibn Yaqzan adalah satu-satunya karya Ibn Tufayl (m. 1185M) yang diketahui. Karya ini ditulis berlatarbelakangkan kerancakan pertembungan aliran pemikiran falsafah, kalam dan tasawwuf dalam kepesatan tamadun Islam. Risalah ini mengetengahkan wacana falsafah dalam bentuk cerita.
Ceritanya bertumpu kepada watak Hayy Ibn Yaqzan dalam mencari kebenaran bersumberkan ‘aqal fikiran. Istimewanya karya ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu-Jawi pada awal abad ke-20, iaitu pada zaman permulaan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Penterjemah berjaya menggarap wacana falsafah dengan menggunakan kerangka tradisi bahasa Melayu-Jawi.
Terbitan ini turut disertakan dengan dua pengenalan mendalam iaitu "Risalah Hayy Ibn Yaqzan Pada Rahsia Hikmah al-Mashriqiyyah: Falsafah Ibn Tufail di Alam Melayu Menerusi Kitab Jawi," oleh Dr. Mohd Hilmi Ramli dan " Rahsia Pada Jalan Menjejaki Risalat Hayy Bin Yakzan," oleh Zaleha Ahmat.