Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu
Price RM35.00
Product SKU 9789672422136
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 2
Quantity
Description

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu  - Kulit lembut


Penyunting: Mohd affendi Mohd Shafri
ISBN: 9789672422136
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 115 
Berat: 300g


Buku yang terhasil daripada pembentangan di Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu (International Conference on Malay Medical Manuscripts, ICOMMM) yang telah diadakan pada 8-9 September 2018 di Auditorium Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Persidangan ini dilaksanakan dengan tujuan utama untuk melakukan pengkajian secara saintifik ke atas manuskrip perubatan Melayu dalam mencari rawatan-rawatan yang sesuai digunakan untuk bidang perubatan, mengangkat warithan sains tempatan yang sudah lama terpinggir dan seterusnya berusaha untuk melakukan penyahBaratan dalam ‘ilmu-‘ilmu sains.


Makalah hasil pembentangan yang dimuatkan di dalam buku ini, antaranya membincangkan usaha-usaha rangkaian jaringan yang telah dibuat sejak dahulu lagi dalam kalangan ṭabīb dan peng‘amal perubatan Melayu di dalam perkongsian ‘ilmu penyediaan ubatan serta kaedah peramuan. Di dalam beberapa makalah ini, pembaca juga diberitahu tentang penyelidikan di dalam genre manuskrip yang ada kepentingannya dalam kajian perubatan dan juga pembentangan kajian penyakit umum zaman moden, iaitu kanser, di mana pentunjuk kepada rawatan efektif mungkin dapat dijumpai melalui pengkajian manuskrip-manuskrip perubatan Melayu lama. Peluang-peluang mendalami ‘ilmu pengkajian manuskrip lama dengan pembentangan khazanah sedia ada di Muzium Kesenian Islam Malaysia juga memberi ma‘lumat penting kepada pengkaji-pengkaji yang bergiat di dalam bidang ini.  Apa yang menarik di sini, buku ini juga memasukkan makalah hasil pembentangan perspektif antarabangsa di mana peng‘amal perubatan Belanda telah menunjukkan minat masharakat bukan serantau sejak dahulu lagi terhadap kaedah perubatan Melayu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More