Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM65.00
Asuhan Budi Menerusi Islam - Paperback
Price RM65.00
Product SKU 9789672422105
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 65
Points Needed 13000
Availability 9
Quantity
Description
Highlight

Asuhan Budi Menerusi Islam Edisi Kedua- Kulit lembut


Pengarang: Za'ba
Pengantar: Datuk Dr. Awang bin Sariyan 
ISBN: 9789672422105
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 392 
Berat: 500g

Dalam buku ini, Za‘ba menegaskan peranan agama sebagai asas penting bagi pemantapan tingkah laku bangsa Melayu. Pada pendapat Za‘ba, usaha membaiki akhlak orang Melayu perlu disandarkan pada agama kerana agama Islam menjanjikan pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka dan asas itu dapat menjadi dorongan orang Melayu mematuhi perintah Tuhan dan mengelakkan larangan-Nya. Untung rugi di dunia dan di akhirat dapat menjadi pertimbangan untuk seseorang memilih untuk berbuat baik atau berbuat jahat. Secara tersirat Za‘ba telah menyemaikan pentingnya menolak sekularisme, iaitu pemisahan kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Namun, berkali-kali Za‘ba menegaskan peri pentingnya kekuatan pertimbangan akal dalam melaksanakan ajaran agama, bukan anutan dan amalan secara melulu, dengan pengertian pentingnya ajaran agama dipelajari dengan pemahaman yang betul dan mendalam.

 

Sejumlah 10 bab yang terkandung dalam buku ini memaparkan kupasan Za‘ba untuk melaksanakan ‘asuhan budi’ bagi orang Melayu menurut pendekatan agama Islam yang benar. Bermula dengan beberapa bahasan tentang peri pentingnya menjaga kemuliaan sahsiah, seperti kewajiban kepada diri sendiri dalam ehwal diri yang zahir, harta benda dan kehidupan duniawi, Za‘ba menegaskan peri pentingnya menitikberatkan kewajiban kepada diri yang batin atau diri yang hakiki, iaitu dalam ehwal didikan hati dan budi pekerti.

-Datuk Dr. Awang bin Sariyan

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box
You Might Like These Too:More