Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM55.00
Agama, Bangsa dan Tanah Air: Sejarah dan Peranan Madrasah Da'irat al-Ma'arif al-Wataniyyah (1924-197)
Price RM55.00
Product SKU 9789672422358
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 55
Points Needed 11000
Availability 2
Quantity
Description

Agama, Bangsa dan Tanah Air: Sejarah dan Peranan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah (1924-1970-an) - Kulit lembut 

 

Penulis: Nasirrahman Hj Saad Khiruddin
ISBN: 9789672422358
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 297
Berat: 515g


Daripada galuran sejarah, Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah (DMW) ialah pelopor kepada pemodenan pendidikan Islam tanah air yang sebelum itu terbatas kepada pengajian di rumah tuan guru, surau, masjid dan pondok.

 

Benih-benih penubuhan Madrasah DMW bermula apabila Shaykh ‘Abdu‘Llāh Fahim mengambil keputusan untuk pulang ke Kepala Batas dari kota Makkah pada tahun 1915M dan memulakan pengajian agama secara ‘umūmī di masjid dan di rumahnya sendiri sehinggalah mendapat sambutan daripada masharakat setempat. 

 

Buku ini mempersembahkan dapatan mendalam terhadap penubuhan, peranan dan sejarah Madrasah DMW sejak ditubuhkan oleh Shaykh Abdu’Llāh Fāhīm sehingga pengambilalihan oleh kerajaan sekitar 1970-an. 

 

Penulis dalam kajiannya pada 1982 berjaya menemubual anak-anak murid Shaykh Abdu’Llāh Fāhīm dan kakitangan Madrasah DMW yang masih hidup ketika itu bagi berkongsi pengalaman, kejayaan, kegemilangan dan jatuh bangun Madrasah DMW yang menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah siyasah dan agama sehingga menjadi tempat perhimpunan dan pertemuan tokoh-tokoh ‘ilmuwan, politik dan masharakat.

 

Buku ini menghidangkan catatan sejarah dan gambar berharga bagaimana sebuah institusi pendidikan memberi sumbangan besar terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More