Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789674910723 |
Brand | IIUM Press |
Size (L x W x H) | 45 cm x 40 cm x 3 cm |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Titian Akhir Zaman (Edisi Kedua) - Kulit Lembut
Penulis/Penyunting: Mek Wok Mahmud, Raudlotul Firdaus fatah Yasin, Mohd Puzhi Usop
ISBN: 9789674910723
Penerbit: IIUM Press
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 194
Berat: 330 g
Akhir zaman merupakan suatu zaman menghampiri saat berakhirnya usia dunia. Suasana mencabar dapat dirasakan dengan hadirnya satu persatu tanda-tanda kiamat kecil dan sederhana sebagaimana ternukil dalam hadis dan riwayat Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Rentetan dugaan hebat yang melanda segala aspek dan penjuru termasuk akhlak, aqidah, syariat, ekonomi dan ibadat, orang yang beriman pasti akan tercari-cari apakah bekalan dan persiapan untuk menyelamatkan diri dari fitnah ini dan apa yang dapat dibawa ke alam barzakh nanti. Buku ini merupakan edisi yang kedua diterbitkan dengan penambahan empat bab baru berbanding penerbitan pertama dahulu.
Ini merupakan usaha berterusan pihak pengurusan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Pusat Islamisasi CENTRIS bagi memberikan beberapa panduan dan pencerahan dalam memahami hakikat akhir zaman dan tips menghadapinya berdasarkan dalil dan nas yang sahih daripada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Semoga dapat menjadi pegangan yang praktikal bagi mendepani cabaran akhir zaman.