Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM63.00
Pusaka Ilmu Tok Kenali Mengenali Allah
Price RM63.00
Product SKU 9789670513065
Brand Local Publishers
Reward Points 63
Points Needed 12600
Availability Out Of Stock
Description

Pusaka Ilmu Tok Kenali Mengenali Allah - Kulit lembut


Penulis: Tok Kenali Kelantan
ISBN: 9789670513065
Penerbit: Tujuh Likur Entreprise
Bahasa: Melayu
Tahun: 2010
Bil. Muka surat: 532
Berat: 620 g


Kitab ini adalah ilmu peninggalan Arwah Tok' Kenali dan peninggalan ilmu Arwah Tok' Solehong Kelantan, yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani, yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau, iaitu Tuan Guru Haji Mohd Yusuf Cik Wook, Banggol Chica Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan pula kepada anakandanya Haji Shaari Haji Mohd Yusof.


Kitab Tok Kenali ini mengajak kita menyeberani sempadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi di sebalik huruf dan ilmu yang terselindung di sebalik penghujung rasa. menyingkap tabir rahsia Allah yang tenggelam di lautan ghaib.


Kitab Makrifat adalah pengembaraan ilmu kalam, menuju binasa, fana, baca, zuq dan pengembaraan kalam menuju ilmu rasa. Ilmu rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa makrifat kepada Allah Ta'ala. 


Makrifat adalah ilmu penyuluh di dalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.


Peninggalan Tok Kenali ini adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua golongan masyarakat dan semua peringkat umur. Ilmu Makrifat Tok Kenali ini adalah ilmu yang tidak perlu kepada guru, sebenar guru itu adalah rohani diri sendiri. Segala jawapan kitab ini telah terkandung dengan jelas dan muktamad.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More