Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Al-Ashari: Suatu Kesinambungan dari Salaf Al-Salih
Price RM35.00
Product SKU 9789672429975
Brand Penerbit UKM
Reward Points 35
Availability 5
Quantity
Description

Al-Ash'ari: Suatu Kesinambungan dari Salaf Al-Salih - Kulit Lembut 

 

Pengarang: Mohd. Haidhar Kamarzaman, Mudasir Rosder & Abdull Rahman Mahmood
ISBN: 9789672429975
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 215
Berat: 340 g
 

Abu Hasan al-Ash'ari, merupakan seorang tokoh yang alim dan faqih. Beliau digelar sebagai tokoh Mujaddid kurun ke-3 Hijrah yang mengasaskan mazhab Akidah al-Asha'irah iaitu sebuah mazhab yang terkemuka dalam aliran Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia. Beliau bukan hanya alim dalam manhaj kalam sahaja, bahkan beliau juga adalah muhaddith, mufassir dan mutakallim yang telah diiktiraf oleh ulama dari zamannya hingga kini. Manakala Salaf al-Salih pula merujuk kepada golongan Ahli Sunnah Waljamaah yang hidup pada zaman Nabi, Sahabat, Tabi'in dan Tabi' Tabi'in iaitu tiga kurun terbaik yang diiktiraf oleh Nabi SAW. Pada masa kini, disebabkan banyaknya pengaruh fahaman yang membawa kepada perpecahan umat akhir zaman, timbul sebahagian golongan yang mendakwa bahawa al-Ash'ari bukanlah tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaah, bahkan membawa mazhab yang baharu yang terkeluar dari apa fahaman akidah yang dibawa oleh Nabi SAW. Tidak kurang juga ada golongan yang menyesatkan aliran al-Asha'irah sehingga mengkafirkan para ulama muktabar yang mengikuti aliran al-Asha'irah seperti al-Baqilani, al-Nawawi, al-Baghdadi, al-Ghazali, al-Taftazani dan al-Sanusi. Buku ini ditulis bagi merungkaikan isu kesinambungan fahaman al-Ash'ari dan fahaman Salaf dalam semua masalah utama uul akidah yang menjadi punca perpecahan umat. Hasil dari kajian dalam buku ini mendapati bahawa, al-Ash'ari tidak pernah membawa mazhab yang baharu dalam pemikiran akidah beliau, bahkan hanya meneruskan apa yang dibawa oleh Nabi, Sahabat, Tabi'ibb dan Tabi' Tabi'in dari kalangan Salaf al-Salih. Tidak ada langsung pencanggahan usul Akidah yang ditemui dalam mazhab akidah al-Ash'ari, bahkan beliau dilihat hanya mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi SAW dan para ulama Salaf al-Salih. Buku ini diharap dapat menjernihkan tuduhan buruk terhadap al-Ash'ari sebagai aliran dan mazhab yang berkesinambungan dari akidah Nabi SAW dan para Salaf al-Salih.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More