Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789671314104 |
Brand | Institut Kajian Dasar |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Kelestarian: Manusia, Alam Sekitar & Pembangunan - Kulit Lembut
Penulis/Penyunting: Amin Ahmad
ISBN:9789671314104
Penerbit: LEAD Studies
Tahun: 2014
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 105
Berat: 127 g
Kelestarian: Manusia, Alam Sekitar & Pembangunan (2014) merupakan buku ketiga tulisan Amin Ahmad. Dua buku sebelumnya yang ditulis oleh beliau ialah Ekonomi Pasaran Sosial: Alternatif Untuk Malaysia (2010) dan Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (2011). Saya belum berpeluang untuk membaca buku pertama beliau, tetapi sempat menghabiskan pembacaan buku kedua dan ketiganya. Konsep pemanasan global dan perubahan iklim dikupas dengan lebih mendalam dalam buku kedua tersebut, walaupun masih terdapat beberapa kekurangan yang saya rasakan, seperti informasi yang kurang lengkap dan ulasan yang tidak menyeluruh dalam beberapa perkara. Tetapi mungkin sahaja penulis mahukan pembacanya untuk mencari informasi tersebut dan membuat penilaian sendiri kerana jika dimasukkan keseluruhan laporan yang disertakan mungkin akan terlalu tebal dan bosan.
Umumnya, buku beliau yang ketiga ini membincangkan persoalan kelestarian berkaitan pembangunan lestari yang tidak menjejaskan alam sekitar. Perbincangan dikupas dengan lebih mendalam menerusi lima bab seterusnya iaitu Perubahan iklim dan kecekapan tenaga, Pembangunan bandar, Pengurusan air, Pengurusan sisa pepejal, dan Penjagaan udara. Di bahagian penutup, penulis cuba untuk mengenengahkan konsep yang tidak begitu popular buat masa ini ‘environmentalisme pasaran’, iaitu dasar yang menekankan kepentingan pasaran dalam menawarkan penyelesaian terhadap isu-isu alam sekitar.
-Hafizz Dzulkifli-