Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789839951523 |
Brand | Local Publishers |
Size (L x W x H) | 30 cm x 25 cm x 2 cm |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 8000 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum - Kulit lembut
Penulis: Shaharir Mohamad Zain
ISBN: 9789839951523
Penerbit: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Bahasa: Melayu
Tahun: 2011
Bil. Muka surat: 410
Berat: 450 g
Sikap umum masyarakat - terutamanya mereka yang berada di luar bidang ini atau hanya menjadi pengguna bidang ini - sering menyanjung Teori Kenisbian Einstein dan/atau Teori Quantum, seolah-olah ilmu ini sudah berada di penghujungnya. Lebih dari itu, mereka juga menganggap seolah-olah teori baru sudah tidak diperlukan lagi. Bahkan, di kalangan ahli dari bidang ini pun, hanya tokoh-tokoh besarnya sahaja yang giat mengkritik dua teori ini, di samping menggelintar teori baru bagi menggantikannya. Malangnya, hampir tiada umat Islam di segenap lapisannya di seluruh dunia yang mahu menilai ilmu ini secara kritis, kecuali seorang dua sahaja; dan itu pun sentiasa dipandang sepi, rendah dan sinis oleh ilmuwan Muslim yang lainnya kerana mereka "bukan ahlinya".
Namun, pada masa yang sama, terdapat pula ramai ilmuwan Muslim serta penulis popular Muslim yang gembira-bangga serta tumpang-sekaki. Mereka menilai teori ini secara positifnya menerusi tafsiran al-Qur'an, Hadith atau cerita-cerita pengalaman ahli sufi yang terkenal. Anehnya, mereka tidak pula melakukannya menerusi kaedah sains moden. Lebih dahsyat lagi, kegiatan kalangan mereka ini nampaknya disambut dengan penuh ghairah oleh setiap lapisan Muslim. Melihat kecenderungan ini, maka buku ini dihasilkan. Buku ini hadir bagi menunjukkan bahawa antara ilmu dan nilai adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Teori Kenisbian dan Teori Quantum tidak terkecuali; ilmu-ilmu ini turut tak terpisah dengan nilai-nilai yang diusungnya.
Pokoknya, buku ini mengandungi buah fikiran yang memaparkan semua aspek kelemahan Teori Kenisbian dan/atau Teori Quantum. Kelemahan yang diutarakan - sama ada yang tersurat dan tersirat - bukan sahaja dari perspektif sains moden dan doktrin kosmologi Barat, tetapi yang lebih berharga adalah dari perspektif kosmologi Melayu Islam. Usaha ini juga dapat mematahkan hujah-hujah popular kononnya wujud keserasian antara ilmu-ilmu ini dengan ajaran Islam. Dengan membaca buku ini, kita juga belajar bagaimana untuk bersikap kritis terhadap sains moden, sekaligus bersikap kritis terhadap pendekatan naif kalangan ilmuwan Muslim serta para penulis popular tersebut. Mudahnya, buku ini akan membawa kita kepada sebuah kesedaran baru.
Setidaknya, sebuah kesedaran bahawa Teori Kenisbian dan/atau Teori Quantum sekarang bukannya sebuah teori terakhir!