SELAMAT HARI MERDEKA KE-64 BUAT RAKYAT MALAYSIA! KAMI BEROPERASI PADA 31 OGOS 2021 KECUALI PENGEPOSAN PESANAN ATAS TALIAN.
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM25.00
Pemalsuan dan Tatakaedah Atur Cara Penyelidikan Sains
Price RM25.00
Product SKU 9789679426168
Brand Penerbit UKM
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 1
Quantity
Description

Pemalsuan dan Tatakaedah Atur Cara Penyelidikan Sains - Kulit lembut


Penulis: Imre Lakatos
Penterjemah: Shaharir Mohamad Zain
ISBN: 9789679426168
Penerbit:UKM
Tahun: 2003
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 169
Berat: 265 g

 

Falsafah Sains Barat klasik seperti falsafah Kant yang diruntuhkan oleh geometri bukan Euklidan dan teori Einstein memang terkenal. Falsafah yang lebih asas lagi yang ditonjolkan pada awal abad ke-20 oleh Bartley ialah justifikasisme, iaitu kepercayaan perlunya teori sains dijustifkasi dengan ketatnya. Falsafah ini juga roboh kerana penemuan atau pembinaan sains yang dirasionalkan keesahannya menerusi kebarangkalian. Ekorannya, falsafah sains tajaan Popper, Kuhn, Feyerabend dan kalangan Viena menjadi falsafah yang dominan. Falsafah tersebut menjadi perbahasan hangat abad ke-20 hingga kini kerana pertentangannya antara satu dengan lain serta kekuatan dan kelemahan masing-masing. Lakatos mengkritik semua falsafah ini, namun tumpuannya lebih pada falsafah Popper dan Kuhn kerana kedua-dua falsafah ini memusnahkan kekuatan falsafah lain dan wujudnya persaingan hebat antara dua-dua falsafah itu. Mulanya Lakatos memaparkan kelemahan justifikasisme dan bukan maksumisme menerusi falsafah pemalsuanisme Popper dan pelbagai versinya. Beliau juga memaparkan kelemahan teori Duhem-Quine yang menjadi saingan pemalsuanisme Popper dalam aspek penentuan palsunya teori atau cerapan, dan nasib teori atau cerapan yang dipalsukan. Kemudian berasaskan teori sintesis falsafah Popper dan Kuhn serta pendekatan sejarah, Lakatos membina falsafah sains yang dinamainya tatakaedah atur cara penyelidikan atau ringkasnya atur cara penyelidikan. Beliau membuktikan kekuatan falsafah ini menerusi sejarah perkembangan sains jasmani yang besar seperti teori Batlamus dan Kepler-Newton, teori Einstein dan teori kuantum. Falsafah Lakatos adalah siri teori yang dibinanya yang dipanggil teras liat, pending perlindungan, heuristik negatif fan heuristik positif. Falsafah Lakatos berjaya mengatasi sebahagian besar kelemahan pemalsuanisme Popper dan Kuhnanisme yang antaranya termasuklah masalah perbezaan sains dan bukan sains yang menjadi motivasi asal Popper mengutarakan falsafahnya itu.   

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More