Price | RM14.00 |
Product SKU | 9789830995502 |
Brand | Al-Hidayah Publication |
Points Needed | 2800 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Rahsia Kejayaan Rasulullah Dalam Penerapan Hukum - Kulit Lembut
Pengarang: Abdullah Muhammad Farj Al-Maliki Al-Qurthubi
Penterjemah: Harun Arrasyid Haji Tuskan
ISBN: 9789830995502
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2004
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 241
Berat: 364 g
Penerapan hukum Islam dalam suatu masyarakat tidak semudah sepertimana apa yang termaktub dalam kitab jenayah dan kitab qanun-qanun lainnya. Kesukaran ini barangkali kerana tidak cukup syarat atau mungkin tidak dikuatkuasakan oleh pihak penegak hukum.
Buku ini telah memaparkan tentang ketetapan-ketetapan hukum yang merangkumi semua aspek di dalam kehidupan manusia seperti mana yang pernah diputuskan oleh Rasulullah SAW atau yang beliau perintahkan untuk menetapkannya. Sebab bagi penegak hukum di dalam masyarakat tidak dibenarkan untuk menetapkan keputusan kecuali ia mesti berdasar pada perintah Allah melalui kitab-Nya.
Demikian juga di antara rahsia kejayaan Rasulullah SAW dalam menerapkannya telah dijelaskan secara terperinci berdasarkan riwayat yang sohih, sehingga kebijakan serta kearifan yang dilakukan oleh Baginda dapat diteladani bagi hakim sebelum menerapkan atau menjatuhkan hukuman.
Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'i telah bersepakat mengenai syarat bagi seorang hakim, iaitu hendaknya mengerti benar tentang hadith, fekah yang disertai dengan kemampuan ilmu pengetahuan dan kewarakan. Untuk mengetahui lebih lanjut strategi serta rahsia Rasulullah dalam penerapan hukum, sila baca huraian dalam buku ini.