SELAMAT HARI MERDEKA KE-64 BUAT RAKYAT MALAYSIA! KAMI BEROPERASI PADA 31 OGOS 2021 KECUALI PENGEPOSAN PESANAN ATAS TALIAN.
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM10.00
Di Bawah Langit Ramadhan
Price RM10.00
Product SKU 9839999451
Availability 5
Quantity
Description

Di Bawah Langit Ramadhan - Kulit Lembut

 

Penulis: Riduan Mohamad Nor, Mohd Nazri Chik & Nasrudin Yaacub
Penerbit: Jundi Resources
ISBN: 9839999451
Tahun: 2010
Bil. Muka surat: 77
Berat: 116 g

 

Ramadan adalah penghulu bulan, kedatangannya dirindui, menggamit dengan seribu cinta sang Pencipta, menawarkan sejuta pengampunan di langit taubat yang terbuka pintunya untuk direngkuh. Ramadan perginya ditangisi, bak melepaskan belahan jiwa tak berpaling, bulan mulia ini dinobat sebagai bulan Al Quran, lantaran ayat-ayat cinta ini menyapa Nabi SAW di bulan Ramadan, sekaligus penanda waktu tugas kerasulan yang bermula. 

 

Ramadan dijulang sebagai bulan jihad dan genderang perjuangan ditabuh, lantaran kerana pertembungan Iman dan kufur tidak pernah menghantar ratap sedih kekalahan melainkan teriakan takbir menyambut kemenangan gemilang Islam tercinta. 

 

Badar al Kubra, Peperangan Tabuk, Pembukaan kota Makkah, Peperangan Hittin, Perang Ramadan 1973 adalah sekelumit saksi sejarah yang tidak berdusta kepada langit kebenaran. 

 

Ramadan adalah bulan pengampunan, membasuh noda semalam. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More