Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM11.00
Kebijaksanaan Rasulullah SAW Dalam Pengurusan
Price RM11.00
Product SKU 9789833128556
Brand Jasmine Publications
Reward Points 11
Availability 5
Quantity
Description

Kebijaksanaan Rasulullah Saw Dalam Pengurusan - kulit lembut
(kondisi buku lama, agak kusam)


Penulis: Muhammad Ahmad Abdul Jawwad
ISBN: 9789833128556
Penerbit: Jasmin Publications
Tahun: 2004
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 135
Berat: 180 g 

 

Telah dinyatakan di dalam hadis bahawasanya Nabi SAW ketika kembali daripada perang Khandaq, baginda meletakkan pedangnya dan selanjutnya baginda mandi. Tiba-tiba baginda didatangi oleh jibril yang berkata kepadanya: ”Engkau telah meletakkan pedang, demi Allah kami sekali-kali tidak akan mletakkannya.” Maka keluarlah Nabi saw menemui kaum muslimin, baginda bersabda: ”Kemana kita akan berangkat” maka kaum muslimin menjawab: ”Ke sana”, mereka menunjuk kepada Bani Quraizhah.’ Maka keluarlah Nabi SAW bersama umatnya dan Nabi SAW berseru kepada umat Islam ketika itu: ”]anganlah kalian solat Asar kecuali di Bani Quraizhah.” Berangkatlah para sahabat ketika itu, maka di tengah jalan ternyata waktu Asar telah tiba, maka sebahagian mereka berkata: ”kita tidak akan solat kecuali setelah kita sampai di wilayah Bani Quraizhah", namun sebahagian sahabat berkata: ”Kami akan solat sekarang." Setelah itu mereka menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah SAW dan teryata Nabi saw tidak menyalahkan salah seorang pun di antara mereka.

 

Sikap dan tindakan Nabi Muhammad SAW ini menunjukkan penghormatan Islam yang setinggi-tingginya kepada perbezaan pendapat selagi itu disandarkan kepada ijtihad yang murni dan berasas yang benar.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More