Price | RM20.00 |
Product SKU | 9786299732716 |
Brand | Akademi Jawi Malaysia |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Kitab Siasah : Abu Ali Ibn Sina - Kulit Lembut
Penulis: Abu Ali Ibn Sina
Penterjemah: Arsyad Mokhtar
ISBN: 9786299732716
Penerbit: ABM Tajir Amin Enterprise
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 66+v
Berat: 85g
Kitab ini merupakan karangan ringkas mengenai siasah oleh seorang tokoh cendekiawan Muslim yang tidak asing lagi, iaitu Ibnu Sina. Dalam risalah ini beliau mengulas tentang keperluan secara alami terhadap siasah, siapa yang perlu dan selayaknya melaksanakan siasah dan bagaimana melakukannya.
Antara bahasan yang menarik perhatian adalah tentang siasah terhadap anak, bagaimana sepatutnya mengatur pelajaran dan memilih guru seterusnya bagaimana setiap anak patut dilorongkan jalan untuk mengkhususkan diri dalam satu-satu bidang sejak di awal-awal umur lagi. Inilah rahsia keberhasilan umat Islam masa lalu begitu juga tokohtokoh besar silam, bahkan hari ini, iaitu mereka mengenal pasti potensi kanak-kanak sejak awal usia lalu dikhususkan bidangnya sehingga menjadi tokoh hebat dalam bidang berkenaan.
Naskhah terjemahan ini adalah berdasarkan naskhah berbahasa Arab terbitan penerbit Bidayat, Syria, cetakan pertama 2007 yang diberi catatan dan mukadimah oleh Ali Muhammad Isbar. Mukadimah beliau yang memakan hampir separuh kitab yang berketebalan 95 halaman tidak saya terjemahkan dalam edisi ini.