Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Warisan Hadis Ulama Nusantara
Price RM45.00
Product SKU 9789672429951
Brand Penerbit UKM
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability 2
Quantity
Description

Warisan Hadis Ulama Nusantara - Kulit lembut


Penyunting: Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin, Latifah Abdul Majid
ISBN: 9789672429951
Penerbit: UKM
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka surat: 285
Berat: 440 g


Pengkaryaan dalam bidang hadis di Nusantara dapat dikesan seawal abad ke-17 dan terus berkembang dengan rancak pada abad 20. Kebanyakan karya yang dihasilkan tertumpu pada pengumpulan hadis dan terjemahan serta huraian ringkas maksud hadis ke Bahasa Melayu. Buku-buku yang dihasilkan tidak terbatas kepada hadis sahih sebaliknya turut memuatkan hadis da'if dan athar para sahabat dan tabiin RA. Sebahagian karya yang lain pula mengupas isu-isu fiqh dan akidah bersumberkan hadis. Kesungguhan ulama di rantau ini memelihara dan menkuni warisan peninggalan RAsulullah SAW juga terserlah menerusi metode dan pendekatan mereka berinteraksi dengan hadis-hadis dalam penulisan kitab tafsir. Buku ini memuatkan makalah-makalah tentang pemikiran dan sumbangan sebahagian ulama Nusantara dalam bidang hadis. Mereka  terdiri daripada Syeikh Abd Al-Raufal-Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari, Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani, Syeikh Mahfuz al-Tarmasi, Maulana Tok Khurasan, Syeikh Abu Bakar Palestin, T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy (1904-1975) dan Syeikh Mohamed Idris al-Marbawi, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh Abdullah Basmeih, Mustafa Abdul Rahman, Muhammad Syuhudi Ismail dan Muhammad Quraish Shihab. Edisi kedua buku ini memuatkan tiga orang lagi tokoh iaitu Tuan Haji Husein, Muhammad Said bin Umar dan Haji Abdullah Abbas Nasution. Maklumat yang ditampilkan dalam buku ini dapat dimanfaat oleh masyarakat umum agar mereka mengetahui dan menghargai sumbangan generasi terdahulu serta meneladani mereka. Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi pelajar dan penyelidik yang berminat dalam bidang kajian teks, sejarah dan pemikiran ulama. 


 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More