Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
​Sumbangan Ulama Banjar dalam Hadis Arbain
Price RM30.00
Product SKU 9789674126889
Brand Penerbit UKM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 3
Quantity
Description

​Sumbangan Ulama Banjar dalam Hadis Arbain - Kulit Lembut

 

Penulis: Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid & Ahmad Asmadi Sakat

Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

ISBN: 9789674126889
Bahasa: Melayu

Bil. Muka Surat: 97

Berat: 153 g


Penulisan hadis Arba'in telah lama berlaku sejak abad ke-2H/8M. Pelbagai cara dan bentuk telah digunakan oleh para ulama dalam penulisan hadis Arba'in. Antaranya adalah berbentuk mawdu'i, sharh, dan tahqiq. Besarnya perhatian para ulama untuk menyusun hadis Arba'in sejak dahulu hingga sekarang dan dapat dibuktikan dengan ditemuinya kitab hadis-hadis Arba'in dalam pelbagai tajuk dan bentuk. Penulisan hadis Arba'in ini tidak hanya berlaku di Jazirah Arab, bahkan meluas sehingga ke pelbagai belahan dunia termasuklah Nusantara. Ulama Banjar juga turut serta dalam penulisan hadis berbentuk Arba'in ini. Kitab hadis Arba'in yang ditulis ulama Banjar telah masyhur dan tersebar luas sama ada di Banjar mahupun di Malaysia.

 

Di samping itu, kitab mereka diguna pakai di beberapa pondok pesantren, majlis taklim dan telah dicetak berulang kali bahkan diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia. Namun begitu, penulisan hadis Arba'in oleh ulama Banjar ini belum diperbincangkan secara tuntas. Fokus buku ini adalah merungkaikan sumbangan ulama Banjar dalam bidang hadis Arba'in. Justeru, penerbitan buku ini diharapkan dapat mengangkat dan mengetengahkan ulama Nusantara khususnya ulama Banjar untuk dijadikan salah satu sumber rujukan utama bagi memahami dan mengenal sumbangan mereka dalam bidang hadis.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More