Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789832306467 |
Brand | Persatuan Ulama Malaysia |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Pendekatan Ulum al-Hadith Dalam Menangani Salah Faham Terhadap Sunnah - Kulit lembut
Penulis: Fauzi Deraman & Khadher Ahmad
ISBN: 9789832306467
Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 197
Berat: 491 g
Buku ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang diusahakan oleh pengarang, khususnya dalam mengharmonikan pandangan antara yang menolak dengan golongan yang menerima sunnah. Signifikannya, sunnah Nabi SAW merupakan sumber kedua terpenting selepas Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.
Kepentingan dalam memahami sunnah dengan metodologi yang sebenar adalah sangat dititik beratkan sejajar dengan pemahaman sahih terhadap tafsiran ayat-ayat al-Quran. Apatah lagi sunnah hanya dapat difahami dan dikeluarkan pemahaman (fiqh al-Hadith) yang benar berasaskan kepada kelompok yang beruatoriti, iaitu dalam kalangan ulama hadith yang mahir akan selok belok mustalah dan pengajian hadith.
Fokus buku ini adalah terhadap bentuk-bentuk salah faham terhadap sunnah yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan pengamalannya. Salah satu daripada kaedah terbaik dalam berinteraksi dengan sunnah bagi mengharmoni dan membetulkan salah faham tersebut ialah melalui pendekatan 'ulum al-Hadith, sebagai asas yang perlu dikuasai secara rencam oleh semua graduan hadith.