Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM80.00
Kitab Hadis Arbain Fadani Karya Ulama Nusantara Di Tanah Suci
Price RM80.00
Product SKU 9789674911416
Brand IIUM Press
Reward Points 80
Points Needed 16000
Availability 2
Quantity
Description

Kitab Hadis Arbain Fadani Karya Ulama Nusantara Di Tanah Suci - Kulit lembut


Penulis: Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria
ISBN: 9789674911416
Penerbit: ITBM & IIUM Press
Bahasa: Melayu
Tahun: 2022
Bil. Muka surat: 315
Berat: 510 g


Syeikh Fadani dikenali kerana kehebatan ilmunya dalam bidang sanad. Ulama pada zamannya dan muridnya yang ramai di Timur Tengah, India, Pakistan dan Nusantara, menggelar beliau Musnid al-Dunya yang bermaksud Pakar Sanad Dunia. Dalam 110 karya yang dihasilkan oleh Syeikh Fadani, 70 daripadanya adalah tentang sanad keilmuan, sama ada sanad dalam bidang hadis mahupun sanad dalam bidang akidah-tauhid, fikah-usul al-fiqh, akhlak-tasawuf, al-Quran dan ilmu tafsir, bahasa, faraid, ilmu falak dan falsafah. Syeikh Fadani dikenali dalam periwayatan hadis musalsal, sebuah model periwayatan yang unik dalam tradisi hadis yang tidak digunakan oleh kebanyakan ulama Nusantara. Kitab Hadis Arbain Fadani Karya Ulama Nusantara Di Tanah Suci ini mengetengahkan sumbangan beliau sebagai ulama besar Nusantara di Tanah Suci pada abad ke-20. Buku ini memperkenalkan ketokohannya dalam bidang hadis dan disiplin lain melalui karya-karya beliau. Karya penting beliau Al-Arba'un al-Buldaniyya yang memuat 40 hadis pilihan dengan segala keistimewaan dan keunikannya dibanding dengan buku hadis arba'in yang lain turut dikupas dalam buku ini. 


 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More