Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM40.00
Ketokohan & Pemikiran Imam Nawawi Dalam Ilmu Hadith
Price RM40.00
Product SKU 9789674126131
Brand Penerbit UKM
Reward Points 40
Points Needed 8000
Availability 2
Quantity
Description

Ketokohan & Pemikiran Imam Nawawi Dalam Ilmu Hadith - Kulit Lembut


Penulis: Ahmad Yunis Mohd Noor, ahmad Nabil Amir, Asmilyia Mohd Mokhtar
ISBN: 9789674126131
Penerbit:  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 2018
Bahasa: Melayu

Bil. Muka Surat: 315
Berat: 484 g

 

Buku ini mengandungi biografi, ketokohan, dan pemikiran Imam Nawawi dalam bidang ilmu hadith. Imam Nawawi adalah salah seorang dari barisan ulama yang telah menyumbangkan jasa yang besar terhadap dunia Islam khususnya dalam bidang hadith. Ini terbukti dengan terhasilnya pelbagai karya agung serta kitab-kitab sharahhadith yang dinukilkan oleh Imam Nawawi dengan metod beliau sendiri. 

 

Perbahasan hadith yang dikemukakan dalam kitab Sharh Sahih Muslim contohnya mempunyai perkaitan dan pertalian yang rapat dengan perbahasan dan penelitian hadith dan hukum yang dikemukakan oleh Imam Nawawi dalam karya-karyanya yang lain. Hubungan dapat dilihat dari aspek ringkasan, rumusan hukum, kupasan insad, menzahirkan hujah bersandarkan hadith yang sahih dan menhidupkan tradisi ilmu hadith. Ketokohan dan pemikiran kritis Imam Nawawi menjadi rujukan, dengan menampilkan huraian dan kupasan hadith yang terperinci yang diperkukuh dengan kekuatan dalil mazhab. Syarahan yang dikemukakan turut memperlihatkan keunggulan manhaj dan uslub yang dilakar dalam merungkai dan mengistibat nas.

 

Ternyata ilmu hadith dan sharahnya tidak pernah berhenti memalui perkembangan dan penyebaran. Malah sehingga kini, terdapat pelbagai usaha pengajaran dan pembelajaran yang mengajarkan hadith san sharahnya dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar daripada sunan sittah dan sunan tis’ah di pelbagai bentuk majlis ilmu. Buku ini menjadi keperluan bagi penuntut ilmu untuk membaca hadith dan pasti akan menarik minat mereka untuk mendalami ilmu hadith. Penghasilan buku ketokohan & pemikiran Imam Nawawi dalam ilmu hadith ini adalah untuk penambahbaikkan bahan bantu mengajar khususnya dalam pengajian hadith.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More