Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM16.90
Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis
Price RM16.90
Product SKU 9789673681037
Brand Al-Hidayah Publication
Availability Out Of Stock
Description

Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis - Kulit Lembut

 

Pengarang: Basri IbrahimAl-Azhari & Zulkifli Mohamad
ISBN: 9789830993324
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2016
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 219
Berat: 285 g

 

Usul Fiqh adalah kaedah-kaedah hukum syarak, asas kepada fatwa-fatwa syarak, tumpuan ijtihad dan pengeluaran  hukum dan undang-undang akal dan tarjih hukum. Usul Fiqh merupakan jalan untuk mempraktik dan mengekalkan pembukaan pintu ijtihad. Ini adalah kerana kurniaan Allah SWT tidak pernah terhenti dan khazanah-Nya tidak pernah kering dan ini berlainan sekali dengan pendapat golongan yang mendakwa pintu ijtihad sudah tertutup.

 

Pada dasarnya ilmu Usul Fiqh dibina oleh ulama hadis dan kemudian dikembangkan oleh ulama usul. Begitu ramai sekali tokoh-tokoh yang menghasilkan karya berkaitan Usul Fiqh. Pendekatan yang digunakan juga kadang-kadang berlainan di antara ulama hadis dan ulama usul. Walau bagaimanapun perbezaannya tidak ketara.

 

Salah seorang tokoh yang menghasil karya dalam memahami Usul Fiqh yang menggunakan pendekatan ulama hadis ialah Ustaz Zakariya bin Ghulam Qadir Al-Pakistani. Buku yang berjudul Usul Al-Fiqh Ala Manhaj Ahli Al-Hadis. Bentuk kaedah usul yang diketengahkan mudah difahami disertakan dengan sokongan daripada pakar Usul Fiqh dari kalangan ulama hadis. Karya beliau itu telah diringkaskan oleh penulis ke dalam Bahasa Melayu, bagi memudahkan kita memahami apa yang dibahaskan. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More