Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM37.00
Himpunan Hadith Masyhur
Price RM37.00
Product SKU 9789834929633
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 37
Points Needed 7400
Availability Out Of Stock
Description

Himpunan Hadith Masyhur - Kulit Lembut 

Penulis: Budah@Udah Muhsin & Jawiah Dakir
ISBN: 9789834929633
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Bil. Muka Surat: 384
Berat: 478 g 

Banyak umat Islam di Malaysia yang meriwayatkan hadith tanpa menyatakan sumbernya, bahkan tidak menyatakan kedudukan sesuatu hadith. Hal ini menjadi satu daripada penyebab tersebarnya hadith mawdu' (palsu) dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada masyarakat awam terhadap sesuatu hadith. Oleh itu, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mensyaratkan penerbitan hadith agar dinyatakan sumbernya merupakan langkah yang baik. Hadith yang sahih agar menjadi pegangan, manakala hadith mawdu' (palsu) dan da'if hendaklah ditolak. 

Oleh yang demikian, penerbitan buku ini dapat memberikan panduan berkenaan 423 hadith masyhur yang tular dalam kalangan umat Islam yang belum ditentusahkan kesahihannya. Setiap hadith masyhur ini telah disemak oleh penulis dengan menggunakan kaedah takhrij hadith. Kaedah ini digunakan bagi memastikan kesahihan serta martabat sesebuah hadith tersebut. Buku ini juga dapat memberikan panduan untuk mengetahui sumber dan hukum hadith agar masyarakat mengetahui kedudukan sebenar hadith-hadith tersebut. Buku ini sesuai dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutama pelajar, pensyarah dan pengkaji dalam bidang hadith.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More