Price | RM23.00 |
Product SKU | 9789672158769 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 23 |
Points Needed | 4600 |
Availability | 9 |
Quantity |
|
Al-Tasarrufat Al-Nabawiyah - Kulit lembut
Penulis: Ahmad Akram Mahmad Robbi
ISBN: Muhammad: 9789672158769
Penerbit: ABIM
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 64
Berat: 150 g
Perbincangan hadith-hadith nabawi tidak pernah mendapat kata sepakat daripada para sarjana apabila mereka membincangkan soal hukum yang lahir daripada teks hadith. Hal ini kerana, setiap daripada mereka memiliki kecenderungan yang berbeza dalam memahami maksud ucapan atau perbuatan baginda sallAllahu 'alayhi wa sallam. Lebih teruk lagi apabila sebilangan sarjana yang tersasar dalam memahami maksud ucapan atau perbuatan Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam sehingga menatijahkan tafsiran yang bercanggah dengan akal yang sihat. Maka menjadi keperluan untuk diperhalusi konteks ucapan dan perbuatan Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam ketika baginda menyampaikan sesuatu mesej atau perintah, sama ada ia berkait dengan hukum Shara' atau hanya sekadar bimbingan atau panduan yang tidak membawa sehingga kepada hukum wajib yang muktamad. Maka, para sarjana telah menyusun atur sebuah konsep bagi memahami peranan Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam dan pengaruhnya terhadap hukum yang terbit daripada ucapan atau perbuatan Nabi sallAllahu 'alayhi wa sallam. Demikian itu, konsep tersebut dinamakan sebagai al-Tasarrufat al-Nabawiyyah.