Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM40.00
Mutiara-Mutiara Al-Quran
Price RM40.00
Product SKU RBM1004
Brand Rabbani Books
Reward Points 40
Points Needed 8000
Availability 8
Quantity
Description

Mutiara-Mutiara al-Quran - Kulit lembut


Pengarang: Imam Al-Ghazali
ISBN: RBM1004
Penerbit: Rabbani Books
Tahun: 2021 
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 452 
Berat: 535g

 

Sampai bilakah anda hanya bersiar di sekitar pesisir lautan (al-Quran) tanpa mengendahkan segala yang menakjubkan? Tidakkah anda terfikir untuk berlayar di permukaannya untuk menatap segala keajaibannya? Meneroka hingga ke pulau-pulau bagi mengutip segala yang terbaik? Menyelami ke dasarnya agar anda menjadi kaya dengan memperoleh mutiara-mutiara? Tidakkah anda mencela diri sendiri dek terhalang daripada segala mutiara dan permata akibat daripada keasyikan anda yang sekadar melihat pesisir dan pemandangan zahirnya sahaja?

 

Tidak sampaikah berita kepada anda bahawa al-Quran itu adalah sebuah lautan samudera yang luas? Daripadanyalah tercabang segala ilmu umat terdahulu dan terkemudian, sebagaimana tercabangnya sumur dan sungai dari pesisir dan muara pantainya? Tidakkah anda iri terhadap kaum-kaum yang telah menongkah gelombang badai dan ombaknya, lalu menemui al-Kibrit al-Ahmar (belerang merah yang boleh menukar batu menjadi permata dan tembaga menjadi emas)?

 

Oleh itu, di sini saya akan memimpin dan menunjukkan kepada anda – sebagai menunaikan hak persaudaraan kita – perihal bagaimanakah mereka meneroka, menyelami dan merentasi lautan itu.

 

- Imam al-Ghazalli -

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More