Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Konsep Mukashafah dalam Kitab Tafsir al-Fawatih al-Ilahiyat
Price RM35.00
Product SKU 9789672510574
Brand Penerbit UKM
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 2
Quantity
Description

Konsep Mukashafah dalam Kitab Tafsir al-Fawatih al-Ilahiyat - Kulit Lembut


Penulis: Shamsul Mohd Nor, Mazlan Ibrahim & Faudzinaim Badruddin
ISBN: 9789672510574
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 197
Berat: 316 g


Kitab al-Fawatih al-Ilahiyat, atau judul lengkapnya, al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih al-Ghaybiyat al-Muwaddihat lil al-Karim al-Qur'aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah karya Syeikh Abd al-Qadir al-Jilani adalah sebuah kitab tafsir al-Qur'an yang menggabungkan kaeda tafsir al-Ishari dan tafsir Sufi al-Nazari berdasarkan konsep Mukashafah sehingga melahirkan satu kaedah pandangan terhadap alam ketuhanan yang dinamakan sebagai Tauhid al-Shuhudi. Penyataan ini berpandukan perbandingan terhadap kitab-kitab tafsir di zaman Syeikh Abd Qadir al-Jilani dan zaman-zaman sebelumnya yang mana tiada dijelaskan konsep Tauhid secara menyeluruh sebagaimana yang dihuraikan oleh beliau dalam kitab tafsirnya ini. Tauhid al-Shuhudi ialah Tauhid yang berbentuk pandangan hati secara Mushahadah, terhasil dari Mushakafah yang membawa kepada penjelasan pengertian Ihsan sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith secara mendalam. Tauhid al-Shuhudi adalah pandangan terhadap ketuhanan melalui empat aspek iaitu al-Af'al, al-Asma', al-Sifat dan al-Dhat. Tujuan dari Tauhid ini adalah untuk mendapatkan Tajalli Shuhudi bagi segala sifat-sifat Allah sehingga terhasil bagi salik yang berjalan kepada jalan Allah SWT akan Fana fi al-Sifatillah dan Dhatillah iaitu Fana' dalam segala sifat-sifat Allah, sehingga mencapai Baqa'billah. Tauhid yang dijelaskan oleh Syeikh Abd Qadir al-Jilani dalam tafsirnya ini adalah tauhid peringkat tinggi yang membawa seseorang mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal di samping tidak meninggalkan proses mujahadah. Kitab tafsir ini menghimpunkan pandangan-pandangan batin beliau yang mewakili hati seorang ahli ibadah yang bergerak dari Tawhid al-Istidlali menuju kepada Tawhid al-Shuhudi melalui jalan Mushakafah.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More