Price | RM9.00 |
Product SKU | 9789834058166 |
Brand | YADIM |
Size (L x W x H) | 22.7 cm x 15.4 cm x 1 cm |
Reward Points | 9 |
Points Needed | 1800 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Kejatuhan Ideologi Materialisma Dan Pengisian Islam
Author: Anwar al-Jundi / Rosli Alias (Penterjemah)
Publisher: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
ISBN: 983-40581-6-0
Year: 2001
Language: Bahasa Melayu
Pages: xvii, 160
Format: Paperback
Weight: 285 g
Descriptions:
Kejatuhan ideologi materialisme pada penghujung abad ke 20 menyaksikan kesedaran masyarakat dunia terhadap keistimewaan dan kesempurnaan Islam dari sudut akidah dan tamadunnya. Jika dahulu, ideologi berdasarkan kebendaan dianggap sebagai pengganti keperluan beragama. Kini telah berubah menjadi pemusnah dan pembawa kehancuran pada kehidupan manusia sejagat.
Setiap masyarakat dunia berhadapan dengan berbagai gejala sosial yang membabitkan perebutan kuasa dan wang yang seringkali berakhir dengan tragedi dan pembunuhan. Kekeliruan dan kekalutan ini merupakan peringkat terpenting bagi umat Islam memberi perhatian semula terhadap agenda pengisian Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Penulisan buku ini, Anwar al-Jundi berjaya memperjelaskan akan kekurangan serta keampuhan sistem yang berdasarkan materialisme ini dengan pengolahan kata dan buah fikiran yang bernas. Malah beliau juga memperlihatkan bagaimana Islam yang diletakkan di atas dasar yang mantap iaitu al-Quran dan Sunnah mampu memainkan peranan penting dalam memenuhi kekosongan tersebut. Perkara inilah yang perlu diberi penekanan oleh masyarakat Muslim kini agar Islam kembali menyinari dan subur berkembang ke seluruh pelosok dunia sekaligus membuktikan agama Islam penyatu umat manusia.