Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM40.00
Kebangkitan Semula Islam
Price RM40.00
Product SKU 9789674125127
Brand Penerbit UKM
Reward Points 40
Points Needed 8000
Availability Out Of Stock
Description

Kebangkitan Semula Islam - Kulit lembut

Pengarang: Ahmad Sunawari Long
Penerbit: Penerbit UKM
ISBN: 9789674125127
Tahun:2017
Bil Muka surat: 246 
Berat: 372g

Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an. Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia. Ia juga disebabkan oleh faktor dalaman yang berlaku dalam negara Islam, antaranya Dasar Islamisasi seperti yang dilaksanakan di Pakistan dan Malaysia. Gabungan pelbagai faktor telah memberikan pelbagai impak kepada umat Islam sama ada dalam aspek penghayatan atau amalan mereka. Kebangkitan semula bukan sahaja memberika impak positif kepada umat Islam tetapi juga meninggalkan inmpak negatif seperti pemokusan yang lebih kepada politik Islam sehingga mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan, sosial dan hubungan antara penganut agama. Penumpuan yang berlebihan untuk membina negara Islam berlandaskan syariat Islam secara total telah menyebabkan mereka mengabaikan wacana tentang demokrasi dan isu-isu sosial dan alam sekitar. Sebagai respons muncul kelompok masyarakat dan ilmuwan yang ingin membawa umat Islam kepada isu-isu demikian yang diistilahkan sebagai pasca Islamisme. Namun wacana pasca Islamisme yang berkembang pada tahun 1990an tidaklah sangat berbeza dengan wacana kebangkitan semula Islam atau dikenali sebgai Islamisme. Kedua-duanya mewacanakan Islam dalam bentuk kontemporari tetapi pasca Islamisme lebih kepada kritikan dan solusi terhadap kelompongan pada era kebangkitan semula Islam atau juga dikenali sebagai Islamisme. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More