Price | RM18.00 |
Product SKU | 9789676902801 |
Brand | Thinkers Library |
Size (L x W x H) | 22.6 cm x 15.1 cm x 1.2 cm |
Reward Points | 18 |
Points Needed | 3600 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Islam dan Pembangunan Sosial
(Al-Islam wa Al-Tanmiyah Al-Ijtima'iyah)
Pengarang: Prof. Muhsin Abd. Al-Hamid / Abd. Rahim Mu'ti (Penterjemah)
Format: Kulit lembut
ISBN: 9676902802
Penerbit: International Institute of Islamic Thought Malaysia & Thinker's Library
Tahun: 1998
Halaman: 214 mukasurat
Berat: 370 gram
Buku ini merupakan suatu kajian yang mengupas tentang sistem pembangunan Islam dan menjelaskan apa yang dapat disumbangkan oleh "Mazhab Islam" dan sistem-sistem umumnya dalam bidang ini. Memaparkan tema-temanya dengan metodologi Islam yang terbuka yang menampung berbagai mazhab fiqh, dan menyeru kepada penerapan-penerapan yang bersifat ijtihadiah, yang membantu membangunkan umat, menegakkan pembangunan dan merealisasikan keadaan saksi peradaban bagi umat Islam kita, demi melaksanakan amanat dan mewujudkan tugas khalifah di muka bumi.
Buku ini juga menampakkan hakikat yang mengatakan bahawa sebab hakikat daripada kegagalan berbagai rancangan dan program pembangunan moden dalam membahagiakan manusia dan menjadikannya hidup dengan kehidupan yang baik, kembali kepada sistem pemikiran dan peradaban yang terdiri di belakangnya, iaitu sistem yang berasaskan kebendaan semata-mata, dan menganggap manusia sebagai binatang seperti yang ada. Bermula daripada teori-teori sosial yang merupakan ceraian-ceraiannya pada era moden ini.
Buku ini berusaha menghuraikan pemikiran dan teori Islam yang membentuk skop yang mengarah kepada proses pembangunan Islam yang sempurna dan komprehensif serta bertemu secara organik dengan aqidah umat, peradaban dan keadaan-keadaan daripada masyarakat-masyarakat Islam.
Pemikiran ini merupakan satu bidang penting yang masih memerlukan banyak penulisan para penulis Muslim untuk menjelaskannya, mudah-mudahan hal itu dapat membantu umat ini, untuk menyelesaikan jalan yang panjang demi melangkaui aspek yang ketinggalan dan menyambung kehidupannya yang Islamiyah dengan izin Allah.